Platform 🥇 untuk membuat semakan harga sewa perdagangan dan kediaman di Negeri Sembilan.
Data SAHIH dan SUMBER RASMI.
PK-Sewa adalah akronim bagi P(Perdagangan), K(Kediaman) dan Sewa (Harga Sewa) yang mengandungi data-data harga sewa perdagangan dan kediaman di Negeri Sembilan. PK-Sewa yang dibangunkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Sembilan adalah khusus bagi membantu orang awam, Agensi Kerajaan, Agensi Swasta, Pihak Berkuasa Tempatan dan penggiat industri harta tanah dalam mendapatkan julat harga sewa perdagangan dan kediaman yang munasabah dengan menggunakan data yang SAHIH supaya proses membuat keputusan dan perancangan adalah lebih tepat dan dipercayai.
Klik pilihan di bawah untuk semakan harga sewa
⬇️
ROI, atau Return on Investment, ialah ukuran untuk mengetahui berapa banyak pulangan (keuntungan) yang diperoleh daripada pelaburan harta tanah
ROI membantu untuk menilai:
Adakah pelaburan berbaloi?
Harta tanah mana yang beri pulangan sewaan lebih tinggi?
Membandingkan antara harga beli dan pendapatan sewa
Apa itu Duti Setem bagi Perjanjian Sewa?
Duti setem ialah bayaran cukai yang dikenakan ke atas perjanjian sewa sebelum ia diiktiraf sah dari sudut undang-undang di Malaysia dan dikenakan berdasarkan jumlah sewa yang dinyatakan dalam dokumen perjanjian.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertanggungjawab memungut duti setem ini bagi memastikan perjanjian tersebut sah di sisi undang-undang. Kadar bayaran akan bergantung kepada jumlah sewa dan tempoh sewaan yang dipersetujui.
PENGGUNA DIGALAKKAN UNTUK MENGGUNAKAN PC/DESKTOP, TABLET ATAU LAPTOP UNTUK PAPARAN YANG LEBIH OPTIMUM DAN MESRA PENGGUNA